Wednesday, January 30, 2013

Day 1 - Haji 2012 /1433H

Assalammualaikum....

20 Okt 2012 (Sabtu)...

Dapat call dari Gemilang jam 12 tengah hari...dalam masa 5 minit kena buat keputusan nak pergi Haji atau Tidak dan perlu berada di KLIA jam 2pm or paling lewat jam 3pm....flight dimaklumkan jam 6.30pm

Akhirnya kami buat keputusan untuk menerima jemputan dariNYA ini dan amat bersyukur dalam kesuntukan masa kami terus mendapatkan 'injection' di Poliklinik An Nisa' Bandar Baru Bangi, terus balik ke rumah...tengok 2 beg dah dikemaskin oleh adik n kakakku....

2 adik beradik rushing pergi kedai cari baju putih untuk wanita dan tali pinggan ihram....saya dan suami sibuk untuk bersihkan diri n mandi sunat ihram....dalam kalau2 hampir pukul 3pm baru kami bertolak...tawakal je kalau ada rezeki sempatlah...

suami drive...baru keluar pagar turun kereta jumpa jiran kiri dan kanan...bermaaf-maafan dan terus ke airport... di airport keluarga sebelah suami termasuk ayah/ibu mertua telah sampai...saling bermaafan...saya cuma dapat call je bapak dan mak seerta mak saudara di kampung utk minta maaf...masa tu sedihhhh sangat2...bapak kata pergi je bapak doakan dari kampung....nangis ni kejap..



Blog

Assalammu'alaikum....

Saya ni pernah create blog masa zaman belajar dulu tapi lepas tu senyappp :-) hingga tak tahu dah apa emel id yg dah guna....tiba2 teringin nak start balik kerana ingat sangat berkongsi pengalaman mengerjakan Haji

Pengalaman Menunaikan Haji 2012M /1433H

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat semua muslimin dan muslimat

Tetiba hati ini teringin sangat untuk berkongsi saat indah menunaikan rukun islam yang ke 5 iaitu menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta.

Kami mula mendaftar haji pada tahun 2009 (masa tu baru tahu kena daftar haji baru boleh pergi ingatkan cukup duit dah boleh pergi). Seterusnya pada tahun 2010 tanpa dirancang kami pergi menunaikan umrah bersama dengan ayah /mak dan 2 orang adik beradik...sangat seronok dan begitu teruja pertama kali melihat KAABAH di Masjidil Haram...

Akhirnya rindu pada bumi Mekah dan Madinah sentiasa menggamit perasaan kami...beberapa sahaja sebelum tarikh tutup rayuan haji 2012 kami mengemukakan surat rayuan kpd Tabung Haji (26 April 2012) dan terus berdaftar dengan Sykt Gemilang Travel & Tours Sdn Berhad.

Tahun 2012 juga merupakan tahun dimaklumkan 'Kerajaan Arab Saudi tidak meluluskan kuota tambahan kepada leboh 40 buah negara termasuk Malaysia'..maka ketika itu berkuburlah harapan kami untuk berpeluang menunaikan haji menggunakan kuota tambahan...

Kami maklum penerbangan terakhir Haji adalah pada 19 Okt 2012 yang membawa YDP Agong dan para VVIP /VIP. Seminggu sebelum penerbangan terakhir agen kami memaklumkan mereka sedang cuba berusaha untuk apply visa menggunakan kuota khas dari Kerajaan Arab Saudi dengan bayaran tambahan sebanyak RM2000 tanpa melalui TH. Kami bersetuju dan jam 10 malam hari yang sama mengemukakan passport ke Pejabat Gemilang di Ampang....namun pada 17 Okt 2012 kami mendapat sms memaklumkan cubaan agen utk mendapatkan visa khas juga tidak berjaya....sedih yang teramat sangat dan kami redha...ketika itu kami berfikir betullah kalau duit dah cukup pun tak semestinya dapat pergi kerana Jemputan Haji adalah milikNYA...alangkah beruntungnya mereka yang dapat menunaikan haji kan...kerana frust kami biarkan sahaja passport di Gemilang..

Tanpa diduga pada hari Jumaat (19 Okt 2012), jam 12.30 tgh suami mendapat panggilan dari Gemilang memaklumkan terdapat kuota tambahan diluluskan dan penerbangan dijangka pada hari Ahad atau Isnin (21 or 22 Okt). Wukuf hari Rabu 24 Okt...maka kami pun setuju kerana hari Sabtu kami sempatlah kemas beg dan cari barang keperluan....tup tup hari sabtu sedang membeli barang keperluan di Alamanda dalam pukul 12 tengah hari kami dapat call yg mengejutkan 'perlu berada di KLIA jam 2ptg or plg lewat 3pm....Ya Allah kami dalam dilema....beg n barang seme tak de lagi...injection tak buat lg....namun takdir Allah pada hari itu juga kebetulan serama 4 adik beradik saja datang ke rumah...maka keputusannya mereka kata 'pergi' barang mereka kemaskan.....bersambung

Moral : Jemputan Haji adalah milikNYA...bila2 masa sahaja